RABU, 4 NOVEMBER 2020

OPAR: Prihatin dengan golongan yang kesusahan dan memerlukan, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Opar, Kaunselor Niponi Undek telah mengetuai pengagihan bantuan kepada mangsa ribut yang terdiri daripada warga emas yang daif di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar baru-baru ini.

Bantuan yang diberikan itu adalah berbentuk makanan asas yang telah diserahkan kepada warga emas di Kampung Bitokan 1 dan Kampung Bitokan 2 melibatkan tiga buah keluarga serta sebuah keluarga di Kampung Pasir Tengah.

Sementara itu, bantuan juga telah dihulurkan kepada mangsa ribut di sekitar Kampung Biawak, Kampung Jangkar, Kampung Pasir Ulu, Kampung Temaga Dayak dan Kampung Sebako Daya melibatkan 10 buah keluarga.

Masyarakat amat berterima kasih dan bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh Pengerusi SUPP Opar itu yang dapat meringankan beban mereka. -EDISI UKAS

add comment