Kerja-Kerja Penurapan Semula Jalan Pujut 7 Dan Jalan Besar Lutong Beri Keselesaan Kepada Penduduk Di Miri

AHAD, 29 NOVEMBER 2020

MIRI: Projek Penurapan Semula Jalan Pujut 7 Miri sepanjang 460 meter ini kini sedang dalam proses pelaksanaan dengan kos sebanyak RM500,000.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, projek ini sedikit tergendala disebabkan kekurangan bahan mentah yang perlu diimport dari Kuching.

“Bagaimanapun, projek ini akan dilaksanakan secara sepenuh masa pada minggu depan dan ianya dijangka siap dalam tempoh tiga hari,” katanya. 

Jelasnya, semasa ditemui selepas mengadakan Tinjauan Projek Penurapan Jalan Pujut 7 Miri pada Sabtu. 

Datuk Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin turut memberitahu projek yang sama juga sedang giat dilakukan di sepanjang Jalan Besar Lutong ke Pujut 7.

Projek penurapan di jalan tersebut juga membabitkan peruntukan sejumlah RM500,000 dan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi kedua-dua projek itu sebanyak RM1 juta.

Penduduk di kawasan sekitar khususnya diharap bersabar di sepanjang projek ini dilaksanakan dan akan berasa selesa dengan adanya jalan yang lebih sempurna dan keselamatan jalan raya turut dijamin.

Hadir sama Jurutera Bahagian JKR Miri Chong Chi Fam dan Jurutera Majlis Bandaraya Miri (MBM). -EDISI UKAS

Share

add comment