ACD: Pelajar SMK Sematan Jalani Ujian Saringan COVID-19

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

SEMATAN: Susulan peningkatan kes COVID-19 di daerah Lundu, satu program Pengesanan Kes Aktif (ACD) telah dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan pada Selasa.

Program ACD yang dilakukan para petugas Pejabat Kesihatan Daerah Lundu tersebut menyasarkan seramai 300 orang untuk diambil sampel ujian saringan COVID-19.

Tindakan itu bagi membantu mengesan sekiranya terdapat kes positif di dalam daerah Lundu dan daerah kecil Sematan.

Pelajar-pelajar SMK Sematan yang mendiami asrama merupakan sasaran bagi program ACD tersebut disebabkan terdapat kes pelajar yang positif COVID-19 dan dikhuatiri akan menjangkiti rakan-rakan pelajar yang lain. -EDISI UKAS

Share

add comment