ACD: Seramai 1,989 Penduduk Kampung Pinang Jalani Saringan COVID-19

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

KOTA SAMARAHAN: Seramai 1,989 penduduk melibatkan 221 buah rumah dari Kampung Pinang, Kota Samarahan menjalani saringan bagi operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) COVID-19 pada Selasa.

Ujian saringan COVID-19 itu dijalankan dari rumah ke rumah dan saringan juga diadakan bertempat di Masjid Kampung Pinang bermula pada pukul 9 pagi sehingga 3 petang.

Proses ujian saringan tersebut dikendalikan oleh seramai 102 orang petugas kesihatan termasuk para petugas daripada agensi kerajaan lain.

Operasi ACD itu dilakukan atas arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan susulan penularan kes COVID-19 di kawasan berkenaan. -EDISI UKAS

Share

add comment