ADUN Sadong Jaya Sumbang Kerusi Roda Bantu Warga Emas

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

SADONG JAYA : Nasib warga emas kurang upaya terus dibela dengan penyerahan sumbangan kerusi roda daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo semasa Program Penyerahan Kerusi Roda Kepada Warga Emas Kurang Upaya di Sadong Jaya baru-baru ini.

Menurut Ir Aidel, program seperti itu merupakan program santai yang sering dilakukannya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya bagi mendekatkan pemimpin bersama rakyat sekaligus dapat mendengar sendiri luahan rakyat.

Tambahnya lagi, kerajaan Sarawak amat prihatin dalam menunjukkan kasih sayang kepada masyarakat dan memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dan diambil perhatian. -EDISI UKAS

Share

add comment