Datuk Abdul Karim Rasmi Forum Dan Penerbitan Sulung JRTM

SELASA 2 FEBRUARI 2021

KUCHING: Satu Forum Jurnal Pengurusan Pelancongan Bertanggungjawab (JRTM) dengan Penerbitan Sulung JRTM telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Selasa.

Datuk Abdul Karim dalam ucapan pembukaan memberitahu, terbitan pertama jurnal tersebut menghimpunkan tujuh (7) artikel dari Malaysia, Australia, Singapura, Taiwan, Indonesia serta Jepun.

Katanya lagi, terdapat lebih daripada 50 ahli lembaga  pengarah daripada lebih 20 buah negara yang terlibat dalam pembikinan jurnal berkenaan.

“Kejayaan sebuah jurnal perlu mendapat penerimaan termasuk pada peringkat global.

“Namun sebagai sebagai jurnal baharu,  untuk mencapai kejayaan  dalam jangka masa yang singkat ia memerlukan usaha yang lebih, ” katanya semasa berucap dalam Forum Dan Penerbitan Sulung Jurnal Antarabangsa Sarawak (JRTM) di Kuching pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dengan adanya kerjasama  antara ahli akademik dan pemain industri tempatan dan antarabangsa mampu menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) negara.

“Saya sangat berharap komunikasi dan kerjasama antara ahli akademik dan pemain industri serta antara penduduk tempatan dan antarabangsa akan diperkukuhkan lagi untuk mencapai matlamat SDGs dan pengurusan pelancongan yang baik”.

Selain itu, beliau turut menjelaskan kementeriaannya akan berkolaborasi dengan pakar akademik antarabangsa untuk melangkah ke arah lebih berdaya saing sebagai komuniti global dan demi kesejahteraan generasi akan datang.-EDISI UKAS

Share

add comment