Dewan Serbaguna Kampung Bisira Rayang Dijangka Siap Julai 2021

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

SERIAN: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menyiapkan Dewan Serbaguna Kampung Bisira Rayang dijangka siap menjelang Julai tahun ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, projek RTP di bawah tahun 2020 itu memakan kos sebanyak RM80,000.

Menurutnya, projek tersebut telah dilaksanakan pada 15 Januari lepas dan dijadualkan siap pada 14 Julai 2021.

“Saya berharap projek ini dapat siap mengikut tempoh dan spesifikasi yang ditetapkan,” jelasnya semasa Majlis Serah Tapak Projek Menyiapkan Dewan Serbaguna Kampung Bisira Rayang pada Selasa.

Dalam majlis sama, beliau juga telah menyerahkan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada tiga ketua kampung yang mewakili para penerima dari kampung masing-masing.

“Antaranya Kampung Semaru, Kampung Bisira Rayang dan Kampung Belimbing Darul Islam,” jelasnya.

Hadir sama, Residen Bahagian Serian, Tuah Suni dan Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw. -EDISI UKAS

Share

add comment