Dua Warga Emas Kampung Muhibbah Terima Sumbangan Makanan, Tilam Dan Kerusi Roda

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

KUCHING: Dua orang warga emas Kampung Muhibbah terima sumbangan berupa makanan, tilam dan kerusi roda. 

Kunjan Yusop, 81 tahun menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan asas, serta beberapa buah tilam, manakala Hasnah Wasli, 86 tahun menerima sumbangan kerusi roda di kediaman masing-masing pada Ahad. 

Makanan dan tilam ini merupakan sumbangan daripada Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof dan disampaikan Morshidi Said dan Naz-Ismadiee Khalit yang mewakili Ahli Parlimen Petra Jaya itu. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Cawangan PBB DUN Satok Dato Ibrahim Baki telah turut menyerahkan sumbangan berupa kerusi roda kepada Hasnah. 

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Abdul Samad Gani, Naib Ketua Cawangan PBB DUN Satok merangkap Ketua Biro Agama DUN Satok Hilmy Othman, Ketua Ranting Muhibbah Ali Sujang, Exco PBB DUN Satok Zainal Noridah dan Ketua Ranting Wanita Muhibbah Faridah Lian. -EDISI UKAS

Share

add comment