JKM Bahagian Miri Hantar Bantuan Makanan Ke Rumah Clarence

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

MIRI: Susulan pelanjutan Perintah Kawalan Bersasar di Rumah Clarence, Sungai Sawai KM12 Jalan BLD Miri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri telah menhantar bantuan makanan. 

Menurut Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri sebanyak 82 pek makanan beserta bantuan lain seperti barangan keperluan bayi telah dihantar pada Selasa. 

Rumah Clarence yang telah dikenakalan Perintah Kawalan Bersasar sebelum ini telah dilanjutkan selama dua minggu lagi hingga 14 Februari ini. 

Ini bagi memastikan wabak COVID-19 yang dikesan sebelum ini dapat dibanteras dan penduduk bebas daripada penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment