Kerja-Kerja Baik Pulih Jalan Menghubungkan Kampung Rumah Umar, Rumah Sumping Dan Rumah Meru Berjalan Lancar

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

JULAU: Kerja-kerja baik pulih jalan di kawasan Ulu Entaih berjalan lancar. 

Menurut wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Joshua Gundi memberitahu kerja-kerja baik pulih jalan berjalan lancar seperti yang dijadualkan. 

“Hari ini saya telah diarahkan ADUN Meluan Rolland Duat bagi melakukan pemantauan ke atas kerja-kerja baik pulih jalan yang menghubungkan Kampung Rumah Umar, Rumah Sumping dan Rumah Meru yang rosak. 

“Hasil pemantauan didapati kerja-kerja baik pulih tersebut berjalan lancar dan mengikut jadual. 

“Ini menunjukkan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. 

Jalan yang menghubungkan Rumah Umar, Rumah Sumping dan Rumah Meru telah mengalami kerosakan baru-baru ini disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan sehingga menyebabkan jalan raya rosak. -EDISI UKAS

Share

add comment