KWKPK Pantau Pematuhan SOP Di Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

KUCHING : Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Dato Sri Fatimah Abdullah telah mengadakan lawatan pemantaun bagi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) di Tadika Kurnia Kuching pada Selasa.

Menurut Dato Sri Fatimah, lawatan ini bertujuan untuk memantau pematuhan SOP yang sedia ada bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan pendidik sentiasa terjaga.

Jelas beliau lagi, pembukaan taska/tadika di Sarawak, setakat 31 Januari 2021, sebanyak 264 IPAKK swasta beroperasi Dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala taska dan tadika kerajaan masih tutup.

Di Sibu pula, susulan Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan tersebut, semua IPAKK di bahagian Sibu diarah tutup sehingga arahan pembukaan seterusnya dimaklumkan. –EDISI UKAS

Share

add comment