Lima JKKK, Surau Dan NGO Di Lingga Terima Geran Sebanyak RM19,000

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

LINGGA: Sebanyak lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), surau dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menerima geran daripada kerajaan Sarawak bernilai RM19,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, setiap ketua kaum perlu sentiasa proaktif dan setia kepada Kerajaan sedia ada sekarang.

Menurut beliau, bermula tahun ini, semua JKKK perlu membuat laporan bergambar bagi setiap aktiviti yang dilakukan.

“Setiap penerima geran perlu mengemukakan laporan bagi semua aktiviti yang dijalankan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa taklimat tadbir urus aktiviti JKKK dan penyampaian geran kerajaan Sarawak kawasan DUN Lingga dan sijil perlantikan ketua kaum pada Isnin.

Dalam pada itu, ADUN Lingga itu turut menyampaikan watikah pelantikan ketua kaum kepada tuai rumah.-EDISI UKAS

Share

add comment