Op Benteng COVID Cekup 7, Usir 10 PATI

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

KUCHING: Pasukan Briged Sarawak PGA berjaya mencekup seramai tujuh pendatang tanpa izin (PATI) bersama tiga tekong dalam ‘Op Benteng COVID’ yang dilaksanakan dari 30 hingga 31 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan media pada Selasa, Briged Sarawak PGA memberitahu operasi selama dua hari di lima lokasi itu juga berjaya mengusir seramai 10 PATI ke negara asal.

Lima lokasi tersebut adalah Jalan Serian-Sri Aman, Kampung Pasir Tengah Lundu, Tebedu Serian, sempadan Malaysia-Indonesia dan sekitar kawasan Bau.

Selain itu, operasi itu juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM65,300.

Semua kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959 (Akta 155) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Untuk rekod, ‘Op Benteng COVID’ yang bermula sejak 1 hingga 31 Januari 2021 berjaya menangkap seramai 43 pendatang tanpa izin (PATI) dari Indonesia, mengusir pulang 23 dan menahan 17 warga tempatan.

Selain itu, sejumlah RM612,234.60 wang tunai juga berjaya dirampas sepanjang pengoperasian itu. – EDISI UKAS

Share

add comment