Pekan Song Sunyi, PKP Bermula Hari Ini

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

SONG: Pekan Song yang lazimnya sibuk bertukar sunyi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 15 Februari.

Tinjauan krew UKAS pagi ini mendapati hanya beberapa buah kedai dibuka seperti pasar basah namun dengan pengawasan ketat pihak penguatkuasa Majlis Daerah Kapit (MDK) manakala tiada peniaga beroperasi di Pasar Tani.

Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan di pintu masuk ke Daerah Song di Simpang 4 balai Bomba dan di Simpang Kampung Rian Jalan Takan.

Jabatan Penerangan turut membantu membuat hebahan menggunakan kenderaan di sekitar pekan, kawasan perumahan dan sepanjang Jalan Takan.

Penguatkuasaan dilaksanakan menerusi kerjasama pihak PDRM, RELA, APM, BOMBA, MDK, JKM, KKM dan dibantu agensi lain. – EDISI UKAS

Share

add comment