Pendidikan Awal Kanak-kanak Terus Diberi Perhatian

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

SPAOH: Kerajaan Sarawak terus mengutamakan pendidikan termasuk melibatkan pembelajaran awal kanak-kanak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam berkata, menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), kerajaan telah mewujudkan pembinaan projek Tabika KEMAS.

Beliau berkata demikian semasa Penyerahan Projek Tabika KEMAS di Kampung Buda, Spaoh pada Isnin.

Tambahnya, beliau sentiasa komited dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri itu dengan memastikan kemudahan yang melibatkan soal pendidikan awal kanak-kanak di Saribas diutamakan.

Pada hari yang sama, Mohammad Razi turut meninjau projek pembangunan di kawasan Debak Laut.

Beliau kemudian berkesempatan menyantuni seorang penduduk di Kampung Debak Laut Hilir yang kini telah mendiami rumah yang lebih selesa.

Sebelum ini kediaman Telet Yah yang telah usang telah berubah wajah selepas dibaikpulih menerusi
Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS). -EDISI UKAS

Share

add comment