Projek Pembinaan Benteng Menahan Ombak Di Pantai Lutong Miri Dijangka Siap Hujung Februari Ini

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

MIRI: Kerja-kerja pembinaan benteng menahan ombak sepanjang 240 meter di Pantai Lutong Miri kini sedang giat dilaksanakan. 

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, projek yang menelan kos sebanyak RM225,000 itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu ini. 

Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Miri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri.

Ianya merangkumi dua bahagian, iaitu masing-masing 140 meter dilaksanakan oleh JKR dan 100 meter lagi oleh JPS Sarawak.

Ini merupakan projek sementara dengan benteng batu bata ini dapat menahan ombak kuat dan melindungi jalan raya daripada dibanjiri air dan sisa-sisa serpihan kayu laut. 

Bagi penyelesaian jangka panjang pelaksanaan Projek Struktur Kawalan Hakisan Pantai atau ‘Rock Revetment’ kini sedang diteliti dan dalam proses kajian pakar.

Menerusi Projek Struktur Kawalan Hakisan Pantai ini, ianya melibatkan pembinaan struktur kawalan hakisan pantai sepanjang kira-kira 500 meter yang mempunyai struktur yeng lebih kukuh dan bersifat kekal yang dapat melindungi tebing dan tanah bagi memberi perlindungan secara langsung dari hakisan pantai dan menahan ombak besar. -EDISI UKAS

Share

add comment