Tapak Pemprosesan Gula Apong Dicadang Dibina Untuk Penduduk Kampung Buda

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

SPAOH: Sebuah tapak pemprosesan gula apong dicadangkan dibina di Kampung Buda, Spaoh bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam berkata, kemudahan itu akan meransang pertumbuhan ekonomi penduduk yang berasaskan gula apong.

Beliau berkata demikian selepas Perbincangan Tapak Projek Pusat Pemprosesan Gula Apong Kampung Buda di Kampung Buda pada Isnin.

Ujarnya, beliau berhasrat untuk melihat semua peniaga gula apong di Kampung Buda mempunyai kemudahan yang sesuai untuk memproses produk berasaskan nipah itu.

Pada perbincangan tersebut, beliau berharap kerjasama penduduk kampung akan membantu menyelesaikan urusan tapak projek dengan segera.-EDISI UKAS

Share

add comment