TUDM Laksana Penerbangan Ihsan Hantar Kanak-Kanak Dan Bayi Ke IJN

SELASA, 2 FEBRUARI 2021

KUCHING : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan dari Kuching ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan rawatan pembedahan jantung dengan segera di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin.

TUDM dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan kanak-kanak lelaki berkenaan iaitu Faaed Faizal berusia dua tahun mengalami masalah jantung ‘severe mitral regurgitation on non-invasive ventilation’ manakala bayi perempuan, Dollyn Ting Xiang Ling berusia dua bulan mengalami masalah “large ventricular septal defect,severe coarctation of aorta”.

Kedua-dua pesakit tersebut sebelum ini telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Menurut kenyataan itu lagi, pesawat tersebut telah berlepas dari Kuching pada jam 1.36 petang dan selamat tiba di Subang pada jam 3.39 petang dan sejurus tiba telah menaiki ambulan ke IJN untuk menerima rawatan.

Turut mengiringi dalam penerbangan itu adalah ibu kedua -dua pesakit berserta seorang pegawai perubatan Dr. Nurul Asyikin Rosli. -EDISI UKAS

Share

add comment