ACD Di Kampung Sebako 2 Sasar 350 Penduduk Jalani Ujian Saringan COVID-19

RABU, 3 FEBRUARI 2021

SEMATAN: Susulan peningkatan kes COVID-19 di daerah Lundu, satu operasi pengesanan kes aktif (ACD) dilaksanakan di Kampung Sebako 2 pada Rabu.

Operasi ACD yang dilakukan oleh para petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah Lundu tersebut menyasarkan seramai 350 penduduk kampung untuk diambil sampel ujian saringan COVID-19.

ACD dilaksanakan bagi membantu mengesan sekiranya terdapat penularan jangkitan dalam komuniti bagi kes positif COVID-19 di daerah Lundu dan daerah kecil Sematan.

Operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lundu. -EDISI UKAS

Share

add comment