Baikpulih Dewan Serbaguna Kampung Subang, Padawan Dijangka Siap Julai 2021

RABU, 3 FEBRUARI 2021

TARAT: Projek untuk membaikpulih Dewan Serbaguna Kampung Subang, Padawan dengan nilai RM100,000 dijangka siap Julai tahun ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, projek tersebut merupakan projek dibawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2020.

Datuk Roland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat selepas menyaksikan penyerahan tapak projek tersebut pada Selasa turut berkata, kerja baik pulih projek itu melibatkan pembinaan pagar dewan serbaguna. -EDISI UKAS

Share

add comment