JAIS Bahagian Serian Serah Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

RABU, 3 FEBRUARI 2021

SERIAN: Seramai 49 mangsa banjir daripada 18 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Rimba Padi menerima sumbangan JAIS Prihatin daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Serian.

Pemberian sumbangan itu bertujuan membantu mangsa banjir bagi memulakan kehidupan setelah dilanda banjir baru-baru ini.

PPS di Dewan Kampung Rimba Padi telah ditutup semalam selepas banjir pulih sepenuhnya selepas ia dibuka pada 31 Januari lalu.

Sementara itu, JAIS Bahagian Serian menyeru agar semua pihak perlu berwaspada dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti sentiasa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal, meningkatkan tahap kebersihan diri bagi memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Serian turut menyatakan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir walaupun dalam kekangan berhadapan dengan wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment