Kerajaan Sarawak Sumbang Dana RM2.5 Juta Kepada Lembaga Pengurusan Sekolah St. Joseph

RABU, 3 FEBRUARI 2021

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyempurnakan penyerahan cek sumbangan dana Kerajaan Sarawak bernilai RM2.5 juta kepada Lembaga Pengurusan Sekolah St. Joseph (SJS Mill Hill Blocks Restoration) di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Rabu.

Dana tersebut telah disampaikan kepada Pemangku Pengerusi Lembaga Sekolah, Christopher Chua, bagi tujuan pembinaan blok baharu iaitu Mill Hill Blocks.

Hadir sama menyaksikan penyerahan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta Roman Catholic Archbishop, Simon Poh. -EDISI UKAS

Share

add comment