Lelaki Dikhuatiri Hilang Dipercayai Lemas Di Sungai Limbang Berjaya Ditemui

RABU, 3 FEBRUARI 2021

Lelaki Dikhuatiri Hilang Dipercayai Lemas Di Sungai Limbang Berjaya Ditemui

LIMBANG: Seorang lelaki yang dipercayai hilang di Kampung Lubok Pasu Medamit Limbang telah ditemui pada pagi Rabu.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dalam kenyataannya pada Rabu memberitahu mayat mangsa telah ditemui pada jam 11.15 pagi.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah dijalankan pada jarak radius dua km dari lokasi mangsa hilang dengan menggunakan kaedah ‘surface searching’ melalui aliran sungai,” katanya.

Menurut keterangan isteri mangsa, pada 1 Februari 2021 iaitu jam lebih kurang 4.30 petang suaminya telah pergi ke tebing Sungai Limbang berdekatan dengan rumah panjang untuk memeriksa perahu, namun tidak balik ke rumah dan tidak dapat dikesan.

Antara agensi yang terlibat dalam SAR itu ialah 5 anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM), tiga orang staf Pejabat Daerah Kecil Medamit, tiga orang anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, 12 orang Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung. -EDISI UKAS

Share

add comment