Manfaatkan Geran MRP Dengan Baik-ADUN Meradong

RABU, 3 FEBRUARI 2021

BINTANGOR: Penerima geran projek kecil luar bandar (MRP) diingatkan agar bijak memanfaatkan sumbangan itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, pemberian geran MRP masih diteruskan sebagai usaha Kerajaan Sarawak memberi sokongan kepada program dan aktiviti penerima khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bercakap semasa menyerahkan geran MRP di Pusat Khidmat DUN Meradong pada Rabu, beliau mengingatkan penerima mengelakkan untuk menganjurkan aktiviti melibatkan orang ramai dan sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan semasa tempoh PKPB.

Pada majlis tersebut Datuk Ding telah menyampaikan geran sebanyak RM10,680 kepada persatuan, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak sekolah di daerah Meradong.-EDISI UKAS

Share

add comment