RABU, 3 FEBRUARI 2021
BINTANGOR: Isu banjir di jalan utama Rumah Takang Dan Rumah Janggu akan diselesaikan menerusi projek naiktaraf dibawah Jalan Perhubungan Desa (JPD) di situ nanti.
Untuk itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran Sarikei kerana memperuntukkan RM500,000 bagi projek berkenaan.
Datuk Ding semasa lawatannya ke lokasi pada Selasa berharap dengan siapnya jalan berkenaan akan memberi kemudahan kepada penduduk rumah panjang menjalankan aktiviti harian seterusnya menyelesaikan masalah banjir di jalan utama berkenaan.
Hadir sama, Pegawai Daerah Meradong, Badjuri Bidin.
Share