Pesakit Terlantar Terima Bantuan Kebajikan Daripada ADUN Sebuyau

RABU, 3 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi yang diwakili oleh Pemanca Asli Yahya telah menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan kepada Amin Deli di kediamannya, Kampung Tebelu Hulu pada Selasa.

Amin yang sudah lama terlantar sakit menerima peruntukkan kewangan untuk membeli keperluan peralatan seperti kerusi roda dan perubatan.

Sumbangan yang disampaikan tersebut, diharap dapat membantu menampung perbelanjaan perubatan beliau. -EDISI UKAS

Share

add comment