PPS Dewan Sukan Tatau Dibuka Tempatkan Mangsa Banjir Kampung Dagang Tatau

RABU, 3 FEBRUARI 2021

TATAU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sukan Tatau dibuka pada Rabu jam 9.45 pagi. 

Pegawai Daerah Tatau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tatau Barayan Lenya memberitahu pembukaan PPS Dewan Sukan Tatau dibuat selepas mendapat nasihat dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). 

“Setakat jam 10.30 pagi, seramai 9 orang dari dua buah keluarga sebuah rumah di Kampung Dagang Tatau telah pun dipindahkan di PPS tersebut,” katanya ketika meninjau PPS Dewab Sukan Tatau pada Rabu. -EDISI UKAS

Share

add comment