Prestasi Pelajar-pelajar STPM, SPM, PMR Dan UPSR 2019 Capai Standard Ditetapkan PPD Limbang

RABU, 3 FEBRUARI 2021

LIMBANG: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail telah menghadiri Mesyuarat Bersama Pegawai Pendidikan Daerah Limbang di Pejabat Pendidikan Daerah Limbang pada Selasa. 

Dalam mesyuarat itu, beliau telah diberikan taklimat oleh Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Matzinan Ahit berkenaan operasi semasa Pejabat Pendidikan Daerah Limbang.

Beliau telah diberikan taklimat ringkas berkenaan visi, misi dan objektif organisasi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak yang sentiasa mengutamakan sistem pendidikan kebangsaan. 


Dalam perkembangan sama, petunjuk prestasi peringkat kurikulum bagi pelajar-pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malasyia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah mencapai standard sasaran yang ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Limbang. 

Bagaimanapun, pada tahun 2020 disebabkan pandemik COVID-19, banyak peperiksaan tertangguh termasuk SPM 2020 yang hanya akan dimulakan pada Februari 2021 dan STPM pada April 2021. 

Manakala, ujian percubaab PMR dan UPSR telah dijadikan sebagai penilaian prestasi untuk kenaikan ke tingkatan empat dan tingkatan satu di sekolah menengah. 

Pada penggal sesi persekolahan 2021 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan kaedah Pelajaran dan Pengajaran Dari Rumah (PDPR) telah diwujudkan dan dilaksanakan melalui dalam talian dan bagi yang tidak ada kemudahan WIFI ianya akan dilaksanakan melalui luar talian dengan menyediakan lembaran-lemberan kerja diedarkan dan dikutip mengikut waktu dan masa yang telah ditetapkan. 

Bagi penambahanbaikan perancangan tahun 2021, Pejabat Pendidikan   Daerah akan membekal beberapa Modul Panduan Pengajaran baharu yang akan digunapakai bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran pelajar mengikut keadaan semasa. -EDISI UKAS

Share

add comment