RABU, 3 FEBRUARI 2021
LINGGA: Seramai 14 orang ketua kaum dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menerima watikah pelantikan mereka pada Rabu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, pelantikan ketua kaum itu melibatkan seramai 11 orang tuai rumah, dua orang ketua kampung dan seorang kapitan.
Menurutnya, beliau berharap semua ketua kaum yang dilantik proaktif dalam memajukan kampung serta rumah panjang masing-masing.
“Sebagai ketua di peringkat akar umbi, saya berharap anda semua proaktif dengan berhubung dengan saya atau Pejabat Daerah bagi mendapatkan mengenai projek pembangunan di kawasan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kaum Bagi Kawasan DUN Lingga di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga pada Rabu.
Sementara itu, beliau menyeru semua ketua kaum di Lingga supaya menasihati anak-anak buah masing-masing supaya kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS