182 KIR Di PPR Bandaria Park Bintulu Terima Bantuan Makanan

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

BINTULU: Sebanyak 182 Ketua Isi Rumah (KIR) di PPR Bandaria Park Bintulu telah menerima bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip. 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) PPR Bandaria Park Kamri Rani yang mewakili penduduk di PPR Bandaria Park Bintulu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) yang terlibat langsung dalam penghantaran bantuan makanan ini. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip serta ahli jawatankuasa Pusat Khidmat PBB DUN Jepak dan NGO’s, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung memberikan sumbangan makanan kepada tiga blok di PPR Bandaria Park Bintulu yang dikenakan ‘Lokcdown’,” katanya semasa ditemui selepas menerima bantuan makanan daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak pada Rabu.

Bantuan makanan berupa sayur-sayuran itu telah sampaikan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat PBB DUN Jepak Shamsuddin Abdul Razak kepada Kamri yang mewakili penduduk di PPR Bandaria Park Bintulu. 

3 blok PPR Bandaria Park Bintulu telah dikenakan Perintah Kawalan Bersasar bagi pengesanan kes penularan COVID-19. 

Hadir sama Ketua Pemuda Cawangan PBB DUN Jepak Jefferi Johari dan Bendahari Cawangan PBB DUN Jepak Hadi Julaihi. -EDISI UKAS

Share

add comment