ADUN Telang Usan Sampaikan Kad Sambutan Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Sarawak Di Pekan Long Lama

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

LONG LAMA: Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, masyarakat Cina akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina yang dijadualkan disambut pada 12 Februari ini. 

Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini diadakan dalam suasana cukup berbeza dan norma baharu berikutan penularan wabak pandemik COVID-19. 

Kesempatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau telah mengunjungi setiap bilik kedai di Pekan Long Lama bagi mengedar kad ucapan Tahun Baharu Cina daripada Ketua Menteri kepada masyarakat di kawasan Pekan Long Lama. 

Hampir 30 orang pemilik premis dan kedai di seluruh Pekan Long Lama berasa teruja dengan pemberian kad ucapan itu dan berterima kasih atas tanda ingatan yang cukup bermakna bagi mereka.

Dennis turut ditemani Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai dan beberapa orang penduduk setempat yang turut sama mengiringi dalam menyampaikan kad ucapan Selamat Tahun Baharu Cina 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment