Ahli Parlimen Serian Lawat Mangsa Banjir Di Tebakang

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

SERIAN: Prihatin dengan 31 orang mangsa banjir daripada tujuh keluarga yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebakang, Ahli Parlimen Serian, Dato’ Sri Richard Riot telah melawat ke PPS tersebut pada Khamis.

Beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur (Jepun, Korea Selatan dan Taiwan) turut meninjau keadaan banjir di Pasar Lama Tebakang, Kampung Tebakang Dayak dan Kampung Tebakang Melayu.

Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya di Bilik Gerakan Banjir Kampung Tebakang Melayu, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam membantu semua mangsa banjir yang terjejas.

Turut hadir mengiringi beliau ialah, Residen Bahagian Serian, Tuah Suni dan Ketua Polis Daerah Serian, DSP Iswandy Anis. -EDISI UKAS

Share

add comment