Banjir: 10 Rumah Di Kampung Entanggor, Sebuyau Terjejas

KHAMIS,4 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Sebanyak 10 buah rumah di Kampung Entanggor di sini dalam keadaan berjaga-jaga selepas rumah mereka mula dinaiki air ekoran hujan lebat yang turun sejak semalam.

Tinjauan ke lokasi tersebut pada Khamis mendapati jumlah mangsa dijangka bertambah sekiranya hujan masih berterusan.

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana sentiasa di dalam keadaan berjaga-jaga dan kini melakukan pemantauan secara berterusan ke kawasan berkenaan.-EDISI UKAS

Share

add comment