Banjir: 47 Mangsa Ditempatkan Di PPS Dewan Mesra Simunjan

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN: Seramai 47 orang mangsa banjir dari daerah Simunjan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Mesra Simunjan selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir.

Mangsa-mangsa banjir tersebut melibatkan sebanyak 19 keluarga dari lima buah kampung di daerah tersebut.

Antara kampung-kampung terbabit adalah Kampung Simunjan Jaya yang melibatkan 11 keluarga (26 mangsa), Kampung Sabun melibatkan lima keluarga (12 mangsa), Kampung Kelka melibatkan sebuah keluarga (5 mangsa), Kampung Hijrah yang melibatkan sebuah keluarga (2 mangsa) dan Kampung Melanjok melibatkan sebuah keluarga (2 mangsa).

Jumlah mangsa banjir di daerah Simunjan dijangka meningkat sekiranya hujan lebat berterusan. -EDISI UKAS

Share

add comment