KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021
SEBUYAU: Beberapa rumah penduduk di Kampung Seruyuk terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak Rabu.
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Kampung Seruyuk telah dibuka bagi menempatkan keluarga yang terjejas akibat banjir.
Setakat jam 3 petang Khamis, sebanyak 15 keluarga yang terdiri daripada 52 orang mangsa telah dipindahkan ke PPS tersebut. -EDISI UKAS
Share