Beberapa Kawasan Di Selangau Mula Dinaiki Air

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

SELANGAU: Hujan lebat yang turun sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Selangau mula dinaiki air.

Tinjauan pagi tadi mendapati kawasan yang terjejas antaranya Rumah Belayong, Rumah Ramping, Sk. Sungai Kua, Sk. Nanga Selangau dan Rumah Medeline Entayang.

Difahamkan paras air di Sk. Nanga Kua dan Sk. Nanga Selangau telah mencecah kira-kira sekaki dari paras lantai.

Buat masa ini belum ada mangsa yang dipindahkan. – EDISI UKAS

Share

add comment