Dewan SMK Melugu Siap, Dibina Menerusi Dana RTP

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

SRI AMAN: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu yang dibina menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, dewan itu dibina dengan kos sebanyak RM350,000 dan siap pada Oktober tahun lepas.

Semasa melakukan tinjauan projek pada Rabu, beliau memberitahu, dewan tersebut akan ditambah baik bagi memudahkan semua pelajar dapat dikumpulkan semada perhimpunan

“Saya sudah memohon pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman bagi melakukan anggaran kos bagi peruntukan bagi tujuan ini,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, kemudahan yang selesa untuk warga sekolah sentiasa diberi perhatian oleh pihaknya. -EDISI UKAS

Share

add comment