Dua Projek RTP Sedang Dibangunkan Di Kampung Rituh Labuan

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

SERIAN: Dua projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sedang dilaksanakan di Kampung Rituh Labuan.

Kedua-dua projek tersebut ialah projek naik taraf bola sepak yang dengan kos sebanyak RM150,000 dan projek menyiapkan Dewan Serbaguna di kampung berkenaan dengan kos RM100,000.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah melakukan lawatan dan serah projek tersebut pada Khamis.

Beliau juga telah menyampaikan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada Ketua Kampung Rituh Labuan yang mewakili penerima KGC di kampung tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment