KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021
PADAWAN : Hujan lebat berterusan sejak malam Selasa menyebabkan banjir kilat melanda Kampung Simboh, menjejaskan lima buah kediaman.
Menurut sumber, setakat ini Pusat Pemindahan Semantara (PPS) belum dibuka di kawasan itu.
Untuk itu, penduduk Kampung tersebut kini mengharapkan tindakan sewajarnya oleh pihak berwajib bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.
Sebarang keterangan lanjut, boleh menghubungi Ketua Kampung Simboh, Dolik di talian 019-8485060. -EDISI UKAS
Share