MTWPBB Bentuk Jawatankuasa Induk Dan Khusus, Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

KUCHING : Bagi persiapan menghadapi pilihan raya negeri, Jentera Parti Pergerakan Wanita sudah membentuk Jawatankuasa induk dan jawatankuasa-jawatankuasa khusus di peringkat negeri.

Menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB (MTWPBB) Sarawak  di Kuching pada Khamis, pembentukan tersebut bertujuan bagi mengendalikan logistik, manifesto, sekretariat, lawatan VIP, war room, operation room, dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, Bilik Gerakan di peringkat cawangan dan peringkat negeri serta bilik operasi peringkat Parlimen akan dibuka dan bersedia untuk beroperasi.

Dalam mesyuarat sama turut memfokuskan mengenai usaha MTWPBB mengedarkan bantuan “food basket” dan barang keperluan semasa kepada rakyat dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), termasuk bantuan yang disalurkan Skuad Kasih Sayang + (SKS+) di kawasan masing-masing. -EDISI UKAS

Share

add comment