Penduduk Kampung Belawai Lega Dewan Serbaguna Dilengkapi Pelbagai Kemudahan

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

BELAWAI: Sejumlah RM1.1 juta telah diperuntukan untuk membangunkan dewan sebaguna dan tempat letak kereta di Kampung Belawai.

Menurut Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datu Len Talif Salleh, beliau juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM700,000 untuk membina dewan itu dan RM250,000 bagi penyambungan bekalan elektrik serta memasang penghawa dingin di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang bersama Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab telah meninjau projek menaiktaraf tempat letak kereta yang kini telah siap bersebelahan dewan dengan peruntukan RM200,000.

Dewan serbaguna ini sering digunakan penduduk untuk menjalankan aktiviti mereka.

Penduduk Kampung Belawai amat bersyukur dan berterima kasih kepada wakil rakyat yang telah banyak membawa banyak pembangunan khususnya di Belawai. -EDISI UKAS

Share

add comment