Penduduk Kampung Tanjung Bundong Lot Fasa 3 Siap Siaga Hadapi Banjir

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

KOTA SAMARAHAN: Hujan lebat berterusan sejak Rabu menyebabkan beberapa buah rumah kawasan rendah di Kampung Tanjung Bundong Lot Fasa 3 dilanda banjir.

Tinjauan pagi ini mendapati penduduk telah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang akan berlaku dan proses pemindahan barang juga akan dilakukan sekiranya paras air meningkat.

Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka.

Namun pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Samarahan akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa jika mangsa banjir perlu ditempatkan di PPS Dewan Suarah Kota Samarahan.- EDISI UKAS

Share

add comment