Penduduk Rumah Dangat, Rumah Temaga Bakal Miliki Jalan Konkrit

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

BINTANGOR: Penantian penduduk Rumah Dangat dan Rumah Temaga di Sungai kawi Bintangor untuk menikmati kemudahan jalan yang lebih baik bakal berakhir selepas projek menaiktaraf jalan ke dua buah rumah panjang itu telah diluluskan.

Projek yang telah bermula pada November 2020 dan dijangka siap pada Mac tahun ini dilaksanakan menerusi peruntukan sebanyak RM130,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong.

Sebelum ini, penduduk tiada pilihan selain meredah jalan becak yang juga merupakan jalan utama menghubungkan rumah panjang tersebut.

Semasa meninjau perkembangan pelaksanaan projek pada Khamis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berharap, siapnya jalan tersebut akan lebih memudahkan penduduk dua buah rumah panjang itu menjalankan aktiviti harian mereka.

Beliau juga menambah, kerjasama erat diantara agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) amat penting untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek RTP di Meradong. -EDISI UKAS

Share

add comment