Tanah Runtuh Menjejas Laluan Dari Annah Rais Ke Kuching

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

PADAWAN : Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di jalan kira-kira 1/2 km dari Kampung Annah Rais menuju ke Kuching pada Rabu.

Runtuhan dipercayai berlaku susulan hujan lebat tanpa henti bermula malam Selasa mengakibatkan jalan sempit dan laluan menuju ke Kampung sekitarnya, terputus.

Tindakan awal telah diambil oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Annah Rais, dengan memasang pita penghadang bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diigini berlaku.

Pihak yang bertanggungjawab diharap dapat bertindak dengan segera untuk memperbaiki kerosakan jalan tersebut kerana ia amat merbahaya kepada para pengguna laluan tersebut.

Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Pengerusi JKKK Kampung Annah Rais,Dominic Neng di talian 016-8766345. -EDISI UKAS

Share

add comment