14 Mangsa Banjir Ditempatkan Di PPS Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

KOTA SAMARAHAN: Seramai 14 mangsa banjir masih ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong.

Kesemua mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Bangka Semong itu telah dipindahkan ke PPS tersebut selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir.

Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an berkata, Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah telah digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang lebih buruk sekiranya hujan lebat masih berterusan.

Jelasnya, beliau berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta pelbagai agensi lain dalam memastikan keselesaan mangsa yang ditempatkan di PPS itu.

Beliau juga telah diberi taklimat mengenai keadaan dan jumlah mangsa terkini yang telah ditempatkan di PPS tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment