40 Mangsa Banjir Di PPS Dewan Masyarakat Kampung Entangor Terima Bantuan Makanan

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Samarahan telah menyerahkan sumbangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Kampung Entangor pada Jumaat.

Seramai 40 orang mangsa daripada 17 keluarga telah ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Kampung Entangor selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir.

Sumbangan yang diagihkan adalah bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh semua mangsa. -EDISI UKAS

Share

add comment