JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021
SEBUYAU: Seramai 70 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Lama Kampung Seruyuk setakat jam 12 tengah hari Jumaat.
Kesemua mangsa terdiri daripada 19 buah keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir itu adalah dari Kampung Seruyuk dan Kampung Stika.
Prihatin dengan kekangan yang dihadapi semua mangsa banjir, pihak Baitulmal telah menyampaikan bantuan makanan kepada mereka. -EDISI UKAS
Share