ADUN Muara Tuang Lawat Empat PPS, Pastikan Kebajikan Mangsa Banjir Terjaga

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

MUARA TUANG : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang, telah melakukan tinjauan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada Khamis, bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir disamping memastikan kebajikan mereka terjaga.

Antara PPS yang dilawati beliau adalah Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong, Dewan Suarah Kota Samarahan, Balai Raya Betong Kanowit dan Dewan Kampung Rimba Padi.

Di setiap PPS berkenaan, beliau mengambil maklum mengenai perkembangan dan jumlah pemindahan terkini yang dilaporkan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) disamping berkesempatan memberi kata-kata semangat kepada mangsa-mangsa banjir.

Setakat jam 12:00 tengahari Jumaat, seramai 149 mangsa banjir daripada 44 buah keluarga di kawasan DUN Muara Tuang telah direkodkan. -EDISI UKAS

Share

add comment