ADUN Simunjan Hulur Sumbangan Bantu Pemilik Rumah Yang Rosak Akibat Dihempap Pokok

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris hari ini turun padang dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga di Kampung Pentek selepas kediaman keluarga tersebut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok pada Rabu lepas.

Beliau yang dimaklumkan mengenai insiden tersebut terus bergegas ke kampung berkenaan dan menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi Rabu lepas telah mengakibatkan rumah Boniface Jantom mengalami kerosakan selepas dihempap pokok yang tumbang di bahagian dapurnya.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Penghulu Ahmad Dol Simpol, Penghulu Jubin Sili dan Ketua Kaum Martin Sili. -EDISI UKAS

Share

add comment