JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021
SERIAN: Beberapa laluan di jalan Slabi Mantung terjejas banjir susulan hujan lebat yang berterusan.
Setakat jam 6.00 pagi Jumaat, jalan di KM 3 Kampung Slabi Plaman hampir terputus dan tidak dapat dilalui kerana dinaiki air hampir mencecah satu meter.
Manakala Jalan di KM 21 dan KM26 Kampung Pridan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja. -EDISI UKAS
Share